Penerbangan
Round Trip One Way
Origin is required.
Destination is required.

Kanak-kanak dan bayi

Kanak-kanak yang berumur 2 tahun dan lebih sewaktu perjalanan perlu menduduki tempat duduk didalam pesawat kami. Mereka perlu membayar tambang penuh, cukai dan caj.

Tiger Airways tidak membenarkan kanak-kanak (berumur kurang daripada 15 tahun) yang tidak ditemani menaiki kapal terbang. Pengiring dan kemudahan khas TIDAK disediakan. Kanak-kanak yang berumur kurang daripada 15 tahun mesti ditemani dengan tempahan sama yang dibuat oleh penumpang yang berumur sekurang-kurangnya atau lebih daripada 18 tahun yang akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada kanak-kanak tersebut.

Tiger Airways memerlukan kanak-kanak yang berumur 12 hingga 15 tahun untuk melengkapkan borang perlindungan yang ditandatangani pada tempat daftar masuk pada setiap lapangan terbang berlepas oleh ibu bapa atau penjaga.  Penumpang yang berumur di antara 12 hingga 15 tahun dalam perjalanan sendiri mesti menunjukkan dokumen yang sah terlebih dahulu untuk mendaftar masuk. Ibu bapa atau penjaga mesti terus berada di lapangan terbang sehingga penerbangan telah berlepas.

Caj bagi pengangkutan bayi adalah S$50 atau padanan mata wang setempat bagi setiap sektor apabila mereka duduk di atas riba orang dewasa (maksimum seorang bayi bagi setiap orang dewasa yang berumur 18 tahun atau lebih). Tiada tempat duduk bayi/tempat duduk kereta yang dibenarkan dalam kabin pesawat. Bayi tidak layak menerima peruntukan bagasi, penumpang dewasa yang membayar tambang boleh memilih Luggage Upsize™ yang sesuai jika perlu. Jika bayi mencapai umur 2 tahun, sebelum perjalanan pergi balik, mereka mesti membayar tambang, cukai, fi dan caj yang dikenakan untuk bahagian perjalanan tersebut. Bukti umur diperlukan, maka, sila pastikan dokumen bayi yang sah disediakan untuk pemeriksaan. Bagi orang dewasa yang ingin membeli tempat duduk bayi di dalam kapal terbang, ini boleh dilakukan dengan tambang bagi tempat duduk orang dewasa telah dibayar, dalam kes ini, pilihan Luggage Upsize™ akan dikenakan pemeriksaan bagasi semasa menaiki pesawat.

Bayi baru lahir yang berumur kurang daripada 7 hari tidak akan dibenarkan untuk perjalanan dalam apa jua keadaan.

Peraturan khas dikenakan kepada kanak-kanak yang berumur kurang daripada 18 tahun yang berjalan ke atau dari Filipina.

Kanak-kanak berwarganegara Filipina yang keluar dari Filipina mesti ditemani oleh kedua-dua penjaga yang sah atau ibu bapa melainkan dokumen dari Department of Social Welfare and Development (DSWD) telah dilengkapkan dengan memuaskan. Sila rujuk kepada DWSD untuk maklumat yang tepat.

Bagi kanak-kanak yang bukan warganegara Filipina yang berumur sehingga/termasuk 14 tahun, dalam perjalanan sendiri mesti mendapatkan Waiver of Exclusion Ground (WEG). Mereka amat disarankan untuk mendapatkan WEG sebelum meninggalkan tempat asal.

Tiger Airways akan menerima kanak-kanak yang berumur 14 tahun atau kurang dalam kumpulan besar (cth. 10 tahun atau lebih) dengan syarat, terdapat nisbah minimum seorang dewasa bagi setiap 10 kanak-kanak. Dalam contoh ini, orang dewasa dikira sesiapa yang berumur 18 tahun atau lebih. Penumpang dinasihatkan untuk menghubungi pusat panggilan sebelum perjalanan supaya arahan tertentu boleh dilakukan.

Perjalanan sewaktu hamil

Wanita hamil mesti melengkapkan perjalanan mereka sepenuhnya selewat-lewatnya pada akhir minggu ke-34 kehamilan.  Tidak dibenarkan menaiki pesawat dari minggu ke-35. Sijil doktor diperlukan untuk menyatakan bahawa penumpang layak untuk perjalanan di antara permulaan minggu ke-30 dan akhir minggu ke-34.  Anda mesti menghubungi pusat panggilan tempahan kami untuk mengaturkan tempahan seperti itu.

Pergi ke "Dokumen perjalanan" untuk keperluan id-foto bagi kanak-kanak dan bayi.