Penerbangan
Round Trip One Way
Origin is required.
Destination is required.

Cara menempah penerbangan

Membuat tempahan

Tempahan boleh dibuat sehingga empat jam sebelum masa jadual berlepas penerbangan Tigerair.

Terdapat lima cara untuk menempah penerbangan anda bersama kami:

  1. Secara langsung, dengan menggunakan laman web Tigerair di www.tigerair.com.
  2. Melalui pusat panggilan khusus Tigerair - klik di sini untuk butiran lanjut.
  3. Di kaunter tiket di dalam lapangan terbang di Singapura, Phuket, Clark, Macau, Perth, Bandar Ho Chi Minh, Guangzhou, Haikou, Shenzen, Kuala Lumpur, Jakarta, Penang, Chennai, Bangalore dan semua lapangan terbang domestik Australia.
  4. Melalui ejen pelancongan setempat yang berdaftar.

Sila ambil perhatian jika anda memerlukan bantuan khusus semasa perjalanan anda bersama Tigerair, anda mesti menempah melalui pusat panggilan Tigerair yang dikhususkan. Kegagalan untuk memaklumkan pusat panggilan mengenai keperluan anda akan menyebabkan perkhidmatan tidak dapat disediakan semasa ketibaan di lapangan terbang dan penumpang tidak mendapat layanan. Sila rujuk kepada laman Bantuan khas/keperluan kami untuk maklumat lanjut.

Sejajar dengan amalan industri, fi kemudahan akan ditambah pada harga keseluruhan tambang anda bagi setiap penumpang, setiap penerbangan apabila anda memilih untuk membayar dengan Visa, MasterCard atau Diners Club pada halaman pembayaran.

Tempahan mesti dibayar penuh pada masa membuat tempahan. Jika tambang tidak lagi dibayar sepenuhnya semasa tempahan sudah disahkan atau jika tempahan dilakukan dengan kesilapan, Tigerair berhak membatalkan tempahan dan/ tidak membenarkan anda menaiki pesawat.

Tigerair ialah syarikat penerbangan tanpa tiket, jadi sila bawa Jadual Penerbangan yang telah dicetak bersama anda semasa daftar masuk, dan juga ID gambar yang sah dan pasport (untuk penerbangan antarabangsa) untuk setiap penumpang dan visa di mana ia digunakan.

Tambah perlindungan bagi transaksi online anda

Tigerair menawarkan anda dimensi baru keselamatan dengan Verified by Visa dan MasterCard Secure. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Bagaimana untuk membuat tempahan online

Booking Engine

Anda boleh menempah penerbangan anda dari mana-mana halaman di laman web. Hanya cari enjin tempahan kami (lihat gambar untuk rujukan). Sebagai permulaan, sediakan butiran tarikh perjalanan anda dan klik butang Dapatkan Tiket.

 

 

Langkah 1 »    Langkah 1

 

Pilih penerbangan dan tambang yang anda mahu dari yang disediakan. Anda harus menyemak semula penerbangan anda dan juga sebarang peraturan tambang dan kos yang berkaitan. Setelah anda berpuas hati, tandakan kotak semakan untuk mengesahkan penerimaan anda terhadap peraturan tambang, dan klik Sambung.

 

Langkah 2 »    Langkah 2

 

Menurut undang-undang antarabangsa, kami perlu mengumpul maklumat penumpang bagi mereka yang terbang bersama kumpulan anda. Anda juga perlu untuk memberikan maklumat pasport bagi semua yang terbang bersama kumpulan anda yang melebihi umur (2) tahun. Anda juga boleh tambah Tiger Add-Ons seperti Luggage Upsize, Daftar Masuk Barangan Sukan dan Insurans Perjalanan. Setelah maklumat ini dimasukkan, klik Sambung untuk teruskan.

 

Langkah 3 »    Langkah 3

 

Pilih tempat duduk kegemaran/ lebih suka dengan Pemilih Tempat Duduk kami, atau ditempatkan secara automatik semasa mendaftar masuk.

 

Langkah 4 »    Langkah 4

 

Akhir sekali, menurut undang-undang antarabangsa, kami perlu mendapatkan maklumat perhubungan anda. Anda perlu memasukkan maklumat kad kredit anda untuk membayar penerbangan anda. Apabila anda bersedia untuk melengkapkan tempahan anda, klik butang Beli Sekarang. Harap bersabar kerana ia mungkin mengambil masa sehingga 45 saat untuk memproses permintaan anda semasa waktu sibuk.

Tempahan anda kini sudah selesai! Sila buat nota rujukan tempahan anda, dan cetak satu salinan muka surat terakhir ini (mengandungi jadual perjalanan anda) untuk dibawa bersama semasa daftar masuk. Jika anda ada memberikan alamat e-mel, satu salinan jadual perjalanan anda akan dihantar ke e-mel. Terima kasih kerana membuat tempahan bersama Tigerair.